Berita

KPKM proaktif bela nasib golongan petani melalui pelbagai aktiviti

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited mendukung kesejahteraan petani, nelayan dan penternak melalui pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan hasil. 
 
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya memberi jaminan untuk memastikan golongan tersebut terus mendapat hak dan menjalani kehidupan yang lebih terjamin. 
 

Kementerian akan pastikan petani, nelayan, dan penternak diberikan program-program yang mampu meningkatkan hasil serta memaksimumkan penggunaan teknologi pertanian moden,” katanya. 
 
Perkara demikian dinyatakan ketika menghadiri sesi taklimat bagi persediaan penggulungan Belanjawan 2025 di peringkat dasar di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, hari ini. 
 

Beliau menambah pihaknya juga terus mengambil langkah proaktif dalam memastikan setiap usaha yang telah dirangka membawa impak positif kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. – MalaysiaMADANI