Kerajaan MADANI akan terus bekerja kuat dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang boleh membantu rakyat.
Jaminan berkenaan dinyatakan Perdana Menteri.Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena dua tahun pentadbirannya.
“Alhamdulillah, semalam genap dua tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara dan melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela kebajikan rakyat serta melonjak negara ke tingkat tertinggi.
“Ini adalah antara inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.,” katanya.
Katanya meskipun perjalanan untuk merealisasikan visi MADANI masih jauh namun beliau yakin untuk mencapai kejayaan dengan usaha dan kerja kuat yang berterusan.
“Perjalanan kita masih jauh untuk benar-benar merealisasikan visi MADANI.
Justeru, kerajaan ini akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak rakyat terbanyak, Insya-Allah,” katanya lagi.
Pada masa sama beliau turut berkongsi beberapa kejayaan yang dicapai sepanjang dua tahun pentadbirannya.
.
Antara inisiatif berkenaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan 9 juta penerima B40, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya.
Selain itu kerajaan MADANI juga memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 peserta golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka. –KerajaanMADANI