PROGRAM DUA TAHUN KERAJAAN MADANI

Fakta menarik visual utama 2 Tahun MADANI

PROGRAM Dua Tahun Kerajaan MADANI akan menjadi wadah untuk meningkatkan kefahaman selain ruang kepada rakyat supaya lebih memahami usaha dan inisiatif kerajaan serta usaha reformasi perkhidmatan awam .

Bertemakan, ‘Madani di hati, rakyat disantuni’, program bermula 22 hingga 24 November akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu turut membentangkan laporan berkala mengenai status pelaksanaan yang telah diambil kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di jangka menyempurnakan program itu pada 23 November. 

Orang awam dijemput untuk mengambil bahagian serta memberi maklum balas kepada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan secara berterusan selain memanfaatkan pelbagai perkhidmatan serta aktiviti yang disediakan

Poster penganjuran 2TM ini menjelaskan beberapa elemen yang digunakan dan membawa maksud tersendiri antaranya penggunaan angka 2 yang merupakan visual utama dan melambangkan ulang tahun kedua Kerajaan MADANI.

Berikut adalah penerangan yang terdapat dalam poster:

Saiz yang dominan menunjukkan pencapaian penting dalam perjalanan dua tahun ini, simbolik kepada permulaan yang stabil dan kukuh untuk membawa Malaysia ke arah reformasi yang lebih bermakna.

Segitiga kecil: Melambangkan arah yang jelas dan hala tuju reformasi yang tersusun. Elemen ini jelas menunjukkan perkembangan yang berterusan dalam inisiatif kerajaan Madani.

Siluet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim: Melambangkan pemimpin berjiwa rakyat. Ia jelas membuktikan bukan sahaja sebagai seorang pemimpin tetapi sebagai penjaga yang membimbing generasi masa depan ke arah kemajuan dan kestabilan.

Siluet kanak-kanak: Melambang generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.

Latar belakang menggunakan bentuk geometri memberi dimensi dinamik sekali gus menunjukkan kestabilan dan struktur yang kukuh. Ia melambangkan perancangan yang teratur dan asas kukuh dalam usaha kerajaan memperkasa perkhidmatan kepada rakyat. – MalaysiaMADANI