Berita

‘Semua untuk pastikan kedudukan kewangan kukuh, angkat darjat hidup rakyat’ 


 
PERDANA Menteri menegaskan semua inisiatif dilaksanakan kerajaan semuanya bertujuan untuk mengangkat darjat hidup rakyat dan mahu memastikan kedudukan kewangan kukuh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk kepada beberapa perkara termasuk pelarasan tarif elektrik dan rasionalisasi diesel berkata meskipun inisiatif kerajaan tidak popular namun semua mempunyai tujuan sama. 
 
“Menyentuh mengenai prakarsa dilaksanakan Kerajaan MADANI, adakalanya tidak popular seperti penyasaran subsidi. 
 

“Namun ia adalah untuk memastikan kedudukan kewangan terus kukuh bagi melaksanakan agenda reformasi mengangkat darjat hidup rakyat. 
 
“Meskipun keputusan itu dibuat namun ia mampu menjimatkan  berbilion ringgit dan kini berjaya disalurkan kepada rakyat menerusi subsidi lain dan pemberian tunai,” katanya.  
 
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di forum Khazanah Megatrends 2024. 
 
Tegas beliau tindakan berstrategik itu akan diteruskan demi keutamaan rakyat. 
 
“itulah yang kami lakukan dan akan terus lakukan dengan berani dalam proses pembaharuan struktur. 
 
Pada masa sama Anwar menjelaskan kerajaan akan terus komited terhadap tadbir urus, akuantabiliti dan keadilan sosial iaitu memastikan manfaat dapat diagihkan adil dan saksama. – MalaysiaMADANI