Berita

Pameran Build Xpo Malaysia platform usahawan cipta inovasi dan berkembang


PAMERAN Build Xpo Malaysia 2024 diyakini menjadi platform utama di Asia yang boleh menumpukan kepada kemampanan dan inovasi dalam industri pembinaan dengan memperkukuh rangkaian kerjasama antara usahawan, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Katanya, pameran yang berlangsung selama 3 hari itu memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan serta memperkenalkan produk dan idea terkini dari syarikat-syarikat pembinaan tempatan dan antarabangsa.


Dalam pameran berkenaan, seramai 15 usahawan MARA yang terlibat dalam industri pembinaan dan teknologi termasuk bidang scaffold, lapisan maritim, elektrik dan lampu isyarat, geoteknikal mengambil bahagian di Pameran Buld Xpo 2024.

“Saya telah meninjau sendiri ke reruai-reruai seramai 15 usahawan MARA yang terlibat dalam industri pembinaan dan teknologi, termasuk bidang scaffold, lapisan maritim, elektrik dan lampu isyarat, geoteknikal, serta lain-lain, turut mengambil bahagian dalam pameran ini.

“Pameran ini memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan serta memperkenalkan produk dan idea terkini dari syarikat-syarikat pembinaan tempatan dan antarabangsa.,” katanya.

Dalam lawatan berkenaan beliau  turut menyaksikan beberapa pertukaran memorandum persefahaman yang menandakan kerjasama strategik yang baru terjalin.

Mereka terdiri daripada MKRS Group of Companies (MKRS), Akademi PKNS Sdn Bhd, dan Malaysia Society for Occupational Safety & Health (MSOSH).

Pada masa sama, beliau berharap pameran Build Xpo Malaysia 2024 akan menjadi platform yang berkesan untuk para usahawan mencipta inovasi, bekerjasama, dan berkembang dalam industri pembinaan yang semakin kompetitif. – MalaysiaMADANI