KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) akan terus menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendaftar ke universiti.
Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelajar yang berdepan masalah kewangan akan disediakan pelbagai bantuan yang boleh diperolehi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti.
“Semua mahasisiwa di institusi pengajian tinggi akan diberikan bantuan dan ia bukan kes tertentu sahaja. Kita cuba sedaya upaya mempermudahakan urusan pendaftaran pelajar yang memerlukan selain itu Yayasan Perkasa Siswa akan memberi bantuan awal bernilai RM1,000 yang bakal disalurkan terus ke akaun mereka,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial kisah Crisnanalina Jumis yang berdepan masalah kewangan menyebabkan impian untuk menyambung pengajian di universiti berikutan keluarga tidak mampu menyediakan wang pendaftaran sebanyak RM3,000.
Dia kemudian cuba mendapatkan bantuan menerusi laman sesawang www.sabah.gov.my tetapi berdepan kesukaran kerana sambungan Internet di kampungnya lemah.
Mustapha menegaskan KPT sentiasa komited untuk membantu pelajar-pelajar yang berdepan masalah kewangan bagi memastikan
semua pelajar terjaga dan selamat sepanajang berada di kampus universiti. – MalaysiaMADANI
KPT terus bantu pelajar kurang berkemampuan sambung pengajian ke universiti
10
Oct