Berita

118 NADI Sabah tingkatkan capaian maklumat dan teknologi

 
SEBANYAK 118 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) beroperasi di Sabah berjaya memberi manfaat masyarakat setempat. 
 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, capaian Internet berkenaan berjaya membawa manfaat kepada 643 warga kampung tersebut dan mencapai kelajuan sehingga 215 Mbps. 
 
“Sebanyak 400 menara telekomunikasi dirancang di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Sabah,” katanya ketika membuat lawatan ke NADI di Kampung Warisan Menggatal, Kota Kinabalu. 
 

Dalam lawatan kerja dua hari ke Sabah itu beliau juga berpeluang meninjau status terkini menara telekomunikasi di Kg Logub, Tuaran. 
 

Tegas beliau, sebanyak 400 menara telekomunikasi dirancang di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Sabah. 
 

Katanya daripada perancangan berkenaan 203 daripada telah berjaya dibangunkan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 
 
“Penambahan NADI di seluruh negara termasuk di Sabah membuktikan usaha kerajaan untuk meningkatkan maklumat dan teknologi di kawasan memerlukan,” katanya. 
 
Pada masa sama beliau menjelaskan pihaknya akan terus memberi keutamaan terhadap penyelesaian masalah kesalinghubungan  di kalawasan luar bandar. 

Katanya usaha berkenaan seiring dengan penekanan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan memastikan kawasan terpencil tidak ketinggalan daripada arus digital.  – MalaysiaMADANI