Berita

Wujudkan Zon Ekonomi Khas Malaysia –Thailand – PM

PERDANA Menteri mencadangkan Zon Ekonomi Khas Malaysia – Thailand diwujudkan dengan penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula.

Perkara tersebut disuarakan Datuk Seri Anwar sewaktu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa di Putrajaya.

“Selain sektor getah dan makanan, Maris turut dicadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas termasuk penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula (start-up).

“Sayugia, penglibatan mereka boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ, malah saya juga mencadangkan agar Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang sungai Sungai Golok,” katanya.

Dalam pertemuan berkenaan Anwar juga membincangkan mengenai pengorekan muara Sungai Golok bagi menangani isu banjir.

Katanya langkah berkenaan bertujuan membantu komuniti di sepanjang sempadan yang menghadapi masalah banjir hampir setiap tahun.

Malah, pertemuan tersebut beliau juga menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.

Tegas beliau, kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Ke-7 pada 19 September 2024.

“Moga hubungan kedua negara berjiran ini terus utuh dan kekal harmoni,” katanya. – MalaysiaMADANI