- Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Siri Ketiga di Zon Timur ini telah mencapai impak bukan sahaja dari segi jumlah pengunjung dan nilai transaksi malah memberi persepsi positif bahawa rakyat di Pantai Timur menjadikan program ini sebagai platform untuk memahami, menilai dan melihat inisiatif dan dasar baharu Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
- Jumlah pengunjung direkodkan melebihi 336,000 orang sepanjang tiga hari penganjurannya bermula Jumaat lalu di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang. Jumlah ini meningkat jika dibandingkan dengan siri pertama PMR Zon Tengah di Kuala Selangor pada Februari lalu seramai 151,638 manakala lebih 289,228 pengunjung hadir pada siri kedua PMR Zon Utara di Pulau Pinang pada bulan Mei.
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selaku Kementerian Peneraju bagi siri PMR kali ini mengetengahkan elemen pembangunan usahawan desa dan padanan perniagaan sebagai platform dan peluang bagi usahawan memasar, menjual dan memperkenalkan produk mereka kepada warga Zon Timur. Jumlah nilai transaksi jualan secara tunai dan padanan perniagaan yang direkodkan sejak hari pertama sehingga jam 12 tengah hari ini mencatat sebanyak RM1.57 juta.
- PMR Zon Timur yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik KKDW dan Kerajaan Negeri Pahang berkonsepkan ‘turun padang’ ini menjadi wadah Kerajaan untuk bertemu rakyat sebagai saluran komunikasi berterusan bagi mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka di samping menyenangkan rakyat berurusan dengan perkhidmatan dan memperoleh manfaat yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam usaha membina negara yang lebih progresif selaras agenda Malaysia MADANI.
Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
7 Julai 202