MALAYSIA dan Turkiye sepakat meningkatkan lagi bantuan kemanusiaan untuk membantu masyarakat di Gaza, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dengan rakan sejawatnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menerusi panggilan telefon.
Dalam perbualan berkenaan, Erdogan berkongsi pengalaman dirinya dalam menyuarakan kebimbangan serta protes pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang kemuncak G7 di Itali yang disertai baru-baru ini.
“Kami turut senada untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza.
“Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk mengulangi komitmen dalam mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara kedua-dua negara,”katanya.
Anwar sebelum itu berkata, mereka berdua berbalas ucapan Eid Mubarak selain mengharapkan kedua-dua negara terus diperkukuhkan.
Saya sempat mengulangi jemputan kepada Presiden Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos ini .
“Saya memberi jaminan lawatan ini akan menjadi lebih bermakna kerana ia seiring ulangtahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye pada 17 Jun 19664 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara dua negara,” katanya. – MalaysiaMADANI.