Berita

Bekalan makanan asas negara dijamin cukup sepanjang Syawal: KPKM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang bertanggungjawab terhadap keterjaminan bekalan makanan negara akan terus memberi perhatian terhadap komoditi makanan utama yang ditetapkan di negara ini sepanjang musim perayaan ini.

Katanya, bekalan makanan asas sepanjang Syawal ini dijamin mencukupi selari dengan keupayaan pengeluaran domestik makanan utama negara.

“tradisi mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal merupakan kelaziman bagi rakyat di negara ini, oleh itu jumlah penggunaan bekalan makanan asas dalam kuantiti yang besar diperlukan sepanjang tempoh tersebut.

“Perhatian juga diberikan kepada lapan komoditi makanan utama yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) iaitu beras, ayam, telur, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut dan susu segar bagi memastikan bekalannya mencukupi,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kebolehcapaian komoditi makanan utama itu juga akan disokong oleh outlet-outlet pemasaran di bawah Lembaga Pemasaran pertanian persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Selain sokongan daripada pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Bagaimanapun KPKM menegaskan bekalan komoditi makanan yang terhad pengeluaran domestiknya pula akan ditampung melalui pengimportan bekalan untuk keperluan pengguna di pasaran.