Berita

Transformasi Politeknik Malaysia usaha serius kerajaan seiring tuntutan zaman – Zahid Hamidi

Peluncuran Rancangan Hala Tuju Politeknik adalah manifestasi yang jelas, bahawa usaha mentransformasikan politeknik adalah satu usaha yang serius dan berterusan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Politeknik 2023-2030 berkata, terdapat beberapa tuntutan penting yang mengasak untuk melakukan anjakan segera kepada politeknik dan program pengajiannya. 

Pertama, cabaran abad ke-21 seperti gelombang Revolusi Industri (IR 4.0), penggunaan Internet of Things, Artificial Intelligence (AI), pendigitalan serta teknologi-teknologi disruptif. Kedua, keperluan mempelbagai hubungan dan jalinan kerjasama dengan semua pihak khususnya pemain industri. Ketiga, lonjakan politeknik ini adalah hasrat ini seiring dengan Aspirasi Malaysia MADANI dan dasar-dasar utama negara.

Hadir sama YB Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dan YB Mohammad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Pengurusan Tertinggi KPT.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Zahid Hamidi juga mahu Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET) terus memantapkan gerak kerja bagi memastikan kejayaan inisiatif dan hala tuju TVET negara melalui penyelarasan dasar-dasar di peringkat nasional merentas 12 kementerian. Malah, MTVET harus menjadi platform percambahan idea yang konstruktif bagi merealisasi agenda pemerkasaan bidang TVET. Zahid Hamidi yakin KPT dan semua kementerian yang terlibat dalam menawarkan program pengajian atau latihan berkaitan TVET akan berupaya menterjemahkan sokongan serta komitmen kerajaan ini ke dalam hasil yang menguntungkan negara.