Berita

Warga MOTAC perlu sahut cabaran global, tingkat daya saing

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing, mengumumkan hasratnya untuk membuat MOTAC sebagai role model kepada semua kementerian di Malaysia. Beliau percaya sektor pelancongan, seni dan budaya boleh menjadi penggerak kepada kemajuan negara dan memberi impak positif kepada ekonomi dan identiti Malaysia.

Dalam perhimpunan yang diadakan semalam di MOTAC, YB Dato Sri Tiong King Sing menyatakan bahawa sudah tiba masanya semua ahli MOTAC meninggalkan sikap negatif mereka dan berusaha ke arah masa depan yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat. Beliau turut menyeru ahli MOTAC supaya menyahut cabaran global, bersedia dan mampu bersaing dengan negara jiran lain, seperti Thailand, khususnya dalam memajukan sektor pelancongan dan seni budaya.

Perhimpunan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), YBrs. Encik Mohd Yusri bin Yussof; Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan), YBrs. Dato Shaharuddin bin Abu Sohot, dan pengurusan tertinggi MOTAC.