Berita

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan rasa syukur apabila Belanjawan 2027 yang bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ diluluskan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, ia menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan MADANI mengangkat kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik, di samping memperkukuh daya tahan dan menjamin masa depan negara.

“Moga segala perancangan dan ikhtiar yang digariskan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, membawa manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjadi asas yang kukuh untuk membina Malaysia yang lebih makmur, adil dan sejahtera,” kata beliau menerusi laman media sosialnya. -MalaysiaMADANI