Berita

KPM perkukuh kemudahan digital, prasana SK Kuala Kenas dan SK Senggang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus berusaha menyediakan capaian internet berkelajuan tinggi dan kemudahan digital pembelajaran bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada sekolah memerlukan.

Untuk tujuan itu, KPM memberi sumbangan papan pintar, tablet serta penyediaan capaian internet berkelajuan tinggi 2 Gbps kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenas dan SK Senggang, Kuala Kangsar, Perak bagi memperkukuh kemudahan pendidikan.

“Selain kemudahan digital, KPM turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM185,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan prasarana di kedua-dua sekolah ini,” kata KPM menerusi laman media sosialnya.. 

Menurut KPM, inisiatif yang dilaksanakan itu bertujuan merapatkan jurang digital serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif kepada murid.

Majlis penyerahan tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar. -MalaysiaMADANI