Kebajikan dan keperluan pelajar yang tinggal di pulau-pulau Daerah Semporna, Sabah tidak pernah dipinggirkan, malah sentiasa menjadi perhatian utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terbaru, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Datuk Zainal Abas meluangkan masa melakukan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan pulau dalam kawasan Semporna.
KKM berkata, lawatan tersebut bertujuan meninjau pengoperasian sekolah, kemudahan pendidikan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.
“Lawatan turut memberi tumpuan kepada cabaran lokasi dan aksesibiliti serta keperluan penambahbaikan kemudahan bagi menyokong penyampaian pendidikan berkualiti kepada murid di kawasan berkenaan,” kata KKM menerusi laman media sosialnya.
Katanya, antara sekolah yang dikunjungi adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mabul, Sekolah Menengah Kabangsaan (SMK) Bum Bum dan SK Pulau Bum Bum K9 yang sedang dipersiapkan ke arah pengoperasian K11 sebagai usaha memperluas peluang pendidikan kepada murid di kawasan tersebut.
Menurutnya, lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memperkukuh akses pendidikan serta memberi perhatian terhadap kebajikan warga pendidikan tanpa mengira lokasi. -MalaysiaMADANI
