Suruhanjaya Pilihan Raya menegaskan pelaksanaan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya akan tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun.
Penambahan kerusi Parlimen itu katanya akan mengambil kira Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu dengan prinsip bahawa nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak selain turut ditingkatkan daripada kedudukan semasa.
“Dalam konteks persempadanan Bahagian Pilihan Raya di ketiga-tiga unit kajian itu pula, SPR akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.
.Mengulas lanjut, Ramlan berkata, SPR akan memberikan penjelasan apabila terdapat keputusan rasmi atau perkembangan yang membolehkan perkara itu dimaklumkan kepada umum.
Sebelum ini,Anwar berkata kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Keputusan berkenaan katanya turut melibatkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
