Jabatan Penjara Malaysia menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Penyertaan Prospek Penjara Terbesar Dalam Bacaan Rukun Negara Secara Serentak’.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pencapaian yang berjaya dicatatkan pada hari ini merupakan satu kebanggaan buat keluarga kementerian yang sentiasa berusaha melonjakkan prestasi masing-masing dari masa ke masa.
“Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam membentuk sahsiah, memupuk semangat patriotisme serta memperkukuh jati diri prospek melalui penghayatan nilai-nilai Rukun Negara,” katanya menerusi hantaran di laman media pada Rabu.
KDN mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia dan semua pihak yang telah menjayakan pencapaian bersejarah ini demi melahirkan insan yang lebih berintegriti, bertanggungjawab dan berjiwa Madani. -MalaysiaMADANI
