Malaysia dan India terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam bidang keselamatan menerusi pelaksanaan International Transfer of Prisoners (ITOP) yang bertujuan mewujudkan mekanisme pemindahan banduan antara kedua-dua negara secara lebih teratur.
Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah, semalam.
Katanya, inisiatif berkenaan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang serta kepentingan bersama Malaysia dan Pakistan.
“Pertemuan ini memberi ruang kepada kami untuk bertukar pandangan mengenai beberapa perkara yang melibatkan kepentingan bersama kedua-dua negara, khususnya dalam bidang keselamatan di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri.
Mengulas lanjut Saifuddin menjelaskan, kerjasama berkenaan bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan baik antara Malaysia dan Pakistan, malah mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam aspek pemulihan, kebajikan dan kemanusiaan.
Beliau pada masa sama berharap hubungan baik kedua-dua negara akan memberi manfaat kepada semua pihak dan terjalin selamanya
“Terima kasih atas kunjungan dan perbincangan yang cukup baik. Mudah-mudahan hubungan baik antara Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang pada masa hadapan.
