Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha memperkukuh agenda TVET negara akan terus diperkasakan demi masa depan generasi muda dan pembangunan negara.
Perkara itu dinyatakan susulan semakin ramai anak muda memilih laluan kemahiran.
Katanya, semakin besar keyakinan industri terhadap graduan TVET dan semakin luas peluang yang terbuka buat mereka.
Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda TVET negara akan terus diperkasakan demi masa depan generasi muda dan pembangunan negara.
Sebelum ini semasa berucap sewaktu Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 beliau menyatakan TVET bukan lagi pilihan kedua tetapi laluan untama yang membuka peluang yang lebih cerah.
“Saya pernah menyatakan bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya antara laluan utama yang membuka peluang lebih luas kepada generasi muda untuk membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.
“Alhamdulillah, hari ini kita mula melihat sendiri perubahan itu berlaku. -MalaysiaMADANI
