Datuk Seri Abd Halim Aman hari ini secara rasmi melapor diri dan memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Beliau dilantik menggantikan Tan Sri Azam Baki menerusi surat pelantikan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bertarikh 25 April 2026.
Pelantikan tersebut diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694].
Abd Halim dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun, berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026 sehingga 12 Mei 2028.
“Seluruh warga SPRM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau dalam menerajui usaha memperkukuh integriti, tadbir urus serta agenda membanteras rasuah negara,” kata SPRM dalam satu kenyataan pada Rabu.. -MalaysiaMADANI
