Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan gred Purata Kebangsaan (GPK) sebanyak 4.42, pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07 mata berbanding 4.49 yang dicatatkan pada 2024.
Beliau berkata, seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atau 3.55 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
“Secara keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPK adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2021,” katanya pada sidang akhbar sempena pengumuman SPM 2025 di Kementerian Pendidikan.
Kata beliau, seramai 376 calon mendapat gred A+ untuk semua mata pelajaran, keputusan itu meningkat berbanding 2024.
Menurut beliau, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025.
Jelas beliau, peningkatan tersebut membabitkan seramai 92,347 calon, berbanding 86,040 orang pada 2024.
Untuk rekod, calon SPM 2025 merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). -MalaysiaMADANI
