Berita

Setuju pasang CCTV berteknologi tinggi di semua pusat tahanan APMM dan lokap AADK – PM

Semua Pusat Tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seluruh negara akan diaktifkan dengan pemasangan Sistem Televisyen Litar Bertutup (CCTV) bertekonologi tinggi, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7, semlam.

Keputusan  berkenaan dibuat sebagai usaha meningkatkan kecekapan agensi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan tahanan terpelihara.

“Pelaksanaan ini merupakan inisiatif strategik Kerajaan selaras dengan Strategi Pembanteras Rasuah Nasional (NACS) dalam memenuhi keperluan semasa agensi penguatkuasaan menghadapi cabaran keselamatan serta memperkukuh pemantauan terhadap kawasan tahanan,” katanya.

Pada mesyuarat sama Anwar berkata kerajaan memandang serius insiden berulang melibatkan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara yang bukan sahaja melanggar kedaulatan maritim negara,.

Perkara berkenaan tegas beliau bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil laut negara yang menjejaskan ekonomi dan sumber rezeki nelayan tempatan.

“Atas keprihatinan dan pendirian, Kerajaan tidak berkompromi dalam isu kedaulatan perairan negara dan semua isu-isu melibatkan perairan negara wajar diatasi melalui usahasama strategik antara Malaysia dan negara-negara terlibat,” katanya.

Jelas beliau reformasi dasar dan perundangan yang dipersetujui hari ini mencerminkan iltizam Kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa responsif terhadap keperluan keselamatan negara.

Selain mendukung prinsip kecekapan, ketelusan dan keberkesanan dalam tatakelola sektor awam.  – MalaysiaMADANI