Kerajaan MADANI terus komited dalam menangani jurang sosioekonomi berdasarkan prinsip keadilan dan rahmah bagi menjadikan Malaysia yang lebih inklusif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan bertekad untuk menyalurkan bantuan secara adil demi mengangkat martabat rakyat miskin dan rentan tanpa mengira bangsa.
“Data menunjukkan bantuan tunai kepada masyarakat India meningkat 68 peratus dalam tempoh tiga tahun iaitu daripada RM578 juta (2022) kepada RM972 juta menerusi Sumbangan Tunai Rahmah,” kata beliau semasa berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, usahawan Cina menerima hampir RM14 bilion jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).
Beliau juga menekankan bahawa dasar seperti PuTERA35 diperkenalkan bagi memperkasa ekonomi masyarakat Melayu dan Bumiputera secara bersasar.
Majlis perhimpunan itu turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Seramai 778 orang warga MOF termasuk jabatan dan agensi hadir mengikuti perhimpunan bulanan tersebut. -MalaysiaMADANI