Berita

Jadual padat tak halang PM berjoging, jaga kesihatan

Tahap kesihatan tetap diutamakan oleh Perdana Menteri meskipun terikat dengan jadual tugas rasmi yang padat di Brazil.  

Menghadiri pelbagai mesyuarat sebaik tiba di Rio de Janeiro, Perdana Menteri sempat ‘mencuri’ masa dengan berjoging di bandar raya ini.

Beliau meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana.

Perdana Menteri yang diringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan dan berlari di pantai itu.

Turut sama mengikuti sesi riadah itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

“Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara,” kata beliau menerusi catatan ringkas di media sosial.

Anwar tiba di Rio de Janeiro awal pagi Sabtu selepas lawatan ke Itali dan Perancis, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang bermula Ahad. -MalaysiaMADANI