Berita

Negara mesti bina kekuatan dalaman dan daya tahan ekonomi – PM

Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus berani berfikir di luar kerangka lama untuk memecah kebuntuan, mempercepat penyelesaian masalah rakyat selain membina benteng ekonomi yang berdaya tahan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara mesti membina kekuatan dalaman dan daya tahan ekonomi untuk menghadapi ketidaktentuan geopolitik, termasuk kesan dasar tarif Amerika Syarikat.

“Jentera Kerajaan di semua peringkat perlu segera mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek tanpa lagi dibelenggu kerenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama Menteri Besar dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta Persekutuan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengarahkan agensi-agensi memperketat pemantauan projek dan tidak teragak-agak menghukum pihak yang melengahkan hingga menjejaskan rakyat.


Pada mesyuarat sama, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli membentangkan beberapa keutamaan pembangunan negeri, meliputi infrastruktur asas seperti jalan raya, kawalan banjir, pelancongan, pelabuhan dan pendidikan.

Antara projek yang dibangkitkan termasuk pembangunan pelabuhan Sanglang, pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chuping, penyelesaian projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis, danprojek  naik taraf kolam takungan banjir Chuping.

Mengulas lanjut, Anwar juga mengarahkan pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chupingdan  projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai sejak 12 tahun.

Tegas beliau projek berkenaan perlu segera  dan diserahkan kepada syarikat kerajaan yang berkeupayaan. – MalaysiaMADANI