Berita

6,547 permohonan SejaTi MADANI diluluskan dengan peruntukan RM590 juta


Sebanyak 6,547 permohonan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM590 juta sehingga 12 Disember lalu.

Menteri Di jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata,  daripada jumlah itu, Sarawak mencatat peruntukan tertinggi iaitu RM100 juta diikuti Johor sebanyak RM69.58 juta.

“Masyarakat Orang Asli juga mendapat manfaat dengan 52 permohonan bernilai RM5.2 juta diluluskan, termasuk Perak, Johor dan Pahang sebagai penerima utama.

“Ini membuktikan usaha kerajaan memperkasa komuniti tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Zaliha menambah program bantuan kerajaan bertujuan mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi dibuka secara percuma atau sebarang bayaran serta dan tidak memerlukan ejen. 

“ Komuniti yang layak digalakkan berurusan terus dengan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) terdekat dan merujuk garis panduan sebelum memohon,” katanya.

Dalam pada itu Zaliha menambah SejaTi MADANI akan diteruskan pada 2025 dengan jenama baharu Ikhtiar SejaTi MADANI dengan peruntukan sebanyak RM600 juta.

Terangnya, berita baik ini adalah peluang besar bagi komuniti yang masih belum memohon.

“Orang ramai digalakkan untuk memohon dan sebarkan kepada keluarga dan rakan anda, supaya lebih ramai dapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya. – MalaysiaMADANI