Berita

Bincang isu halal dan usaha martabat Islam di Brazil

DATUK  Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan membantu berkaitan isu halal serta mahu memartabatkan Islam kepada kominti Islam di Brazil.

Perkara berkenaan dinyatakan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan bersama komuniti islam di negara itu.

“Alhamdulillah, program di Brazil dimulakan dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini.

“Dalam pertemuan ini kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini.

“Saya juga nyatakan komitmen Malaysia dalam membantu terkait urusan halal selain usaha memartabatkan Islam menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil,” katanya.

Dalam pertemuan berkenaan Anwar menjelaskan Malaysia juga akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.

Dalam pertemuan berkenaan beliau juga menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam  selain menyerahkan senaskah Al-Quran cetakan khas.

Manakala 10 naskah lagi adalah terjemahan dalam bahasa Portugis. – Malaysia MADANI