Berita

TikTok beri jaminan tangani isu buli, tipu dan fitnah di Malaysia

TIKTOK akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara Malaysia (BNM), kata Perdana Menteri. 
 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Tiktok turut memberi jaminan untuk melihat isu buli, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di negara ini. 
 
Perkara berkenaan dinyatakan ketika menerima kunjungan delegasi dari TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew di Lima, Peru.
 

Katanya dalam pertemuan berkenaan beliau membangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet bermula 1 Januari tahun depan. 

“Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok. 

“TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan ini dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya. 
 

Katanya, pihaknya  turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia dan mereka memberi perakuan melanjutkan pelaburan secara besar-besaran di negara kita. – MalaysiaMADANI