Berita

‘Pelaburan Amazon Web Service kukuhkan infrastruktur digital negara’

 
 
MALAYSIA yakin pelaburan RM29.2 bilion oleh Amazon Web Service (AWS) menjadikan negara ini sebagai destinasi serantau utama untuk pelaburan digital. 
 
Malah, mampu membuka peluang kepada lebih 3,500 pekerjaan sekali gus menyumbang RM57.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. 
 
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  ketika menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan Amazon Web Servivce (AWS). 
 
 
“Saya berbesar hati menghadiri Malaysia Region Launch Appreciation Dinner yang dianjurkan oleh Amazon Web Services (AWS).  
 

Peluncuran ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan infrastruktur digital negara.  

Pelaburan RM29.2 bilion oleh Amazon Web Services (AWS) akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi serantau utama untuk pelaburan digital malah ia turut membuka peluang pengwujudan lebih 3,500 pekerjaan dan menyumbang RM57.3 bilion kepada KDNK Negara menjelang 2038,” katanya. 
 
Sementara itu, dalam ucapan Anwar menyifatkan kerjasama  antara sektor awam dan swasta mampu memacu inovasi dan kemajuan teknologi. 

Tegas beliau,  pelaburan oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi dunia dan lain-lain syarikat berkaitan pengkomputeran awam akan menyokong hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi yang dinamik dan inklusif. – MalaysiaMADANI