Berita

MyJalan mudahkan rakyat buat aduan kerosakan jalan

APLIKASI MyJalan menjadi platform aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan berkaitan kerosakan jalan bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara Kementerian Kerja Raya (KKR), selaras prinsip ‘No Wrong Door Policy’ atau dasar menyalur penambahbaikan, terutama ketika berlaku kecemasan.

Antara aduan yang dikemukakan adalah masalah jalan berlubang, masalah berkaitan infrastruktur, masalah perabot jalan seperti papan tanda, penghadang jalan dan lampu jalan.

Sehingga Mei 2024, sebanyak 80.33 peratus daripada 4,392 aduan diterima menerusi aplikasi MyJalan telah berjaya diselesaikan.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyJalan secara percuma di Google Play dan Apple App Store atau layari www.kkr.gov.my. – MalaysiaMADANI