Berita

Pelancaran Projek Rapid Transit System Link (RTS Link): Merintis era baru kerjasama Malaysia-Singapura dalam pengangkutan awam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong hari ini menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) disambungkan antara Malaysia dengan Singapura.

Pada majlis itu, Anwar dan Hsien Loong menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran.

Pembinaan RTS Link kini sudah mencapai tahap kemajuan 65 peratus setakat 31 Dis lepas dan dijadualkan siap pada Disember 2026

RTS Link menyediakan perjalanan dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit.

Projek tersebut dijangka membuka lembaran baharu perhubungan dua hala di samping inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang sedang dibincangkan.