Berita

Rakyat Bersyukur Terima STR, Inisiatif Kerajaan Ringankan Beban Kami

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion disalurkan secara berperingkat kepada individu yang layak mulai hari ini.

Lebih lapan juta penerima mendapat manfaat bayaran antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor antara yang menjadi tumpuan.