Berita

Malaysia dapat kelulusan eksport kelapa segar ke pasaran China

Kerajaan akan terus memastikan hasil pertanian tempatan mendapat tempat di pasaran antarabangsa, sekaligus menjana pendapatan lebih tinggi.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu selepas berlangsung sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU)  bagi eksport buah kelapa segar ke China.

Katanya Melalui MoU tersebut, Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan untuk mengeksport buah kelapa segar ke pasaran China.

“ Ini merupakan hasil usaha gigih dan rundingan berterusan antara kedua-dua negara demi memperkukuh hubungan perdagangan yang telah lama terjalin,” katanya.

Menurut Mohamad pemeteraian protokol keperluan fitosanitari pengeksportan kelapa segar adalah penting bagi memastikan kebolehpasaran dan daya saing kelapa segar Malaysia di pasaran negara itu.

Di samping mengukuhkan industri kelapa tempatan dengan menggalakkan amalan pertanian yang baik dan sistematik dalam kalangan pengusaha kelapa tempatan.

“Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan hasil eksport pertanian negara,” katanya -MalaysiaMADANI