Berita

PM bertemu pemimpin EU kukuh hubungan, kerjasama serantau

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa di Europa Building, semalam.

Pertemuan berkenaan memberi peluang kepada Anwar bertukar pandangan mengenai soal demokrasi dan juga hal berkaitan kemasyarakatan, pelaburan, perdagangan dan kecerdasan buatan.

‘Pertemuan itu membuka seluas-luasnya peranan yang boleh dimainkan secara bersama antara Malaysia dan Majlis Eropah dalam mencorak sinergi kepelbagaian budaya, kesatuan dan kebersamaan merentasi benua seluruh dunia.

“Khususnya membentuk persefahaman terkait soal keamanan dan hak asasi manusia membabitkan soal gencatan senjata di Gaza dan Ukraine,” katanya.

Pada pertemuan berkenaan Anwar juga berkesempatan dengan Wakil Tinggi untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Kaja Kallas. – MalaysiaMADANI