KIRA- KIRA 60 pegawai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyertai bengkel Metodologi dan Analisis Data bagi Pemantapan Jurulatih dan Pemerkasaan program-program Pembangunan Keupayaan Komuniti Luar bandar.
Porgram yang diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun lalu di Thistle Johor Bahru itu melibatkan pegawai –pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Ia termasuk dari Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Bahagian Prasarana, Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa.
Turut terlibat adalah pegawai dari MARA, KEMAS, JAKOA, FELCRA BERHAD, RISDA, KEDA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, PERDA, serta Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Menariknya, program yang julung kali diadakan ini mendapat kerjasama daripada Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan UiTM dan Universiti Tun Hussien Malaysia (UTHM).
Majlis penutup berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW, Datuk Afandi Nordin. – MalaysiaMADANI