Berita

Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) wilayah selatan tawar 686 kursus percuma

SEBANYAK 686 kursus dan latihan kemahiran ditawarkan sepanjang Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) wilayah selatan yang akan berlangsung 24 hingga 30 Jun ini.

Latihan yang ditawarkan secara percuma oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) itu melibatkan 402 program di Johor, 146 program di Negeri Sembilan dan 138 program di Melaka.

Penganjuran NTW diperkenalkan bagi memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia MADANI selain membuka ruang bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Pelancaran NTW wilayah selatan dirasmikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

NTW 2024 dikendalikan melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan turut melibatkan beberapa nama besar seperti Petronas, Malaysia Airlines, Pos Malaysia, UMW Malaysia, PERODUA, Northport, Petrosains.

Selain itu, turut terlibat adalah Farm Fresh, Bookxcess, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Asia School of Business dan banyak lagi yang bakal memeriahkan minggu latihan percuma tersebut. – MalaysiaMADANI