Berita

Pelan ‘Al-Falah’ sokong agenda Membangun Malaysia MADANI

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan satu Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau nama lain, ‘Al-Falah’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pelan ini dibangunkan bertujuan menyokong agenda yang telah diilhamkan Perdana Menteri iaitu Membangun Malaysia Madani.

Tambahnya, dalam mencapai sasaran menjadikan masyarakat Madani, masyarakat perlu mempunyai sifat berkasih sayang sesama insan, rahmah dan menghormati.

“Semua ini dapat dibina melalui pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Hadir sama, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus.

Program tersebut diadakan bagi melancarkan empat buku baharu terbitan Yadim selain meraikan seramai 13 pemenang penulisan cerita pendek kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE