Kira-kira 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu akan dilantik secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan.
Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, hebahan pengambilan guru akan mula dibuat pada 23 Februari ini dan permohonan dibuka dari 2 hingga 20 Mac manakala proses saringan temuduga berlangsung antara 27 April hingga 14 Mei 2026.
“Inisiatif pengambilan guru baharu ini dibuat sebagai sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan,” katanya.
Mengulas lanjut Mohd Azam menambah, proses pengambilan guru baharu ini mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
“Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan masing-masing,” ujarnya.
Inisiatif berkenaan adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Katanya lagi KPM juga sentiasa komited memastikan keperluan tenaga penga pengajar yang mencukupi serta meningkatkan mutu pendidikan negara. MalaysiaMADANI
