Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited untuk memperkukuhkan aspek keselamatan di institusi pendidikan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menubuhkan jawatankuasa reformasi keselamatan.
Menterinya, Fadhlina Sidek, langkah berkenan dibuat sebagai usaha untuk memerangi salah laku buli selain memastikan ekosistem selamat di institusi pendidikan.
“Waktu ini, KPM turut sedang melaksanakan beberapa usaha penting bertujuan untuk memperkukuhkan aspek keselamatan di institusi pendidikan. Ini termasuk dengan melaksanakan audit keselamatan, memasang CCTV dan menubuhkan jawatankuasa reformasi keselamatan,” katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan pihaknya sentiasa terbuka menerima pandangan serta cadangan semua pihak bagi menambah baik aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah kementeriannya.
“Saya mengalu-alukan pandangan serta cadangan semua pihak bagi menambah baik aspek keselamatan di semua institusi pendidikan KPM,”ujar.
Tambah beliau usaha-usaha berkenaan diperlukan sebagai memerangi salah laku buli selain memastikan ekosistem selamat di institusi pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama.
Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) berkenaan tambah baik pemantauan keselamatan dan usaha bagi menangani salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah KPM.
Beliau pada masa sama memberi jaminan untuk meneliti semua cadangan termasuk yang terkait dengan sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden dan modul pendidikan ibu bapa,
Malah, akan memberi tumpuan untuk terus membuat pemantauan di institusi pendidikan, pelan anti-buli dan pelaksanaan langkah-langkah lain untuk menangani salah laku buli. – MalaysiaMADANI.