Berita

‘Kerajaan bincang usaha tingkatkan pendidikan masyarakat orang Asli


 
KERAJAAN Madani memberi jaminan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat orang Asli, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara demikian dinyatakan ketika menerima kunjungan hormat dari wakil-wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Ahli Dewan Negara Senator Manolan Mohamad. 

“Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi Masyarakat Orang Asli . 
 

“Selain itu perbincangan berfokus ke arah usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan di dalam jabatan kerajaan,” katanya. 
 
Beliau menegaskan kerajaan Madani sentiasa meletakkan  masyarakat orang Asli sebagai keutamaan. 
 

“Saya beri jaminan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat orang Asli,”katanya. 
 
Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat yang dihadiri wakil dari Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang. 
 

Turut serta dalam kunjungan berkenaan adalah Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad serta Jaringan Orang Asli Semalaysia. – MalaysiaMADANI