Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan sejawat, Presiden Luiz Inácio Lula da Silva di atas kemenangan bersejarah dalam pilihan raya di Brazil.
Perdana Menteri berkata, meskipun persaingan berlangsung sengit, namun rakyat telah memberikan Lula mandat baharu untuk terus memimpin negara besar itu.
Beliau berkata, komitmen Lula sepanjang hayat terhadap keadilan sosial, usaha mengurangkan kemiskinan serta memastikan suara negara-negara membangun telah didengari.
“Malah ia telah mendapat penghormatan bukan sahaja di Brazil, malah di peringkat antarabangsa,” kata beliau menerusi laman media sosialnya.
Perdana Menteri menyatakan sentiasa menghargai persahabatan antara mereka dan berkongsi keyakinan bahawa negara-negara Selatan Global perlu mempunyai suara yang lebih kuat dalam membentuk tatanan antarabangsa yang lebih adil.
Tambah beliau, Malaysia juga berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Brazil di bawah kepimpinan berterusan Presiden Lula.
“Banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama, termasuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan, memajukan kerjasama antara ASEAN dan Amerika Latin serta memperkukuh lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” ujar beliau. -MalaysiaMADANI
