Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool” bagi memberikan pilihan kepada pengguna sekaligus membantu mengurangkan kos bahan api.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pendekatan berkenaan membolehkan penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien dengan kadar tambang yang lebih berpatutan.
Selain memastikan keseimbangan antara keperluan industri dan kebajikan pengguna.
“Ini sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera kerana sebelum ini memang telah ada pembuktian konsep (PoC) yang dijalankan dengan beberapa syarikat e-hailing.
“Ini merupakan contoh yang kita harap dapat memberikan satu teladan kepada semua pihak dan agensi bahawa dalam menghadapi krisis kita mesti mengambil satu langkah yang proaktif,” katanya seperti dipetik Astro Awani.
Beliau turut menegaskan keperluan untuk sentiasa bersedia menyesuaikan dasar dan peraturan agar lebih peka tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan pematuhan kepada undang-undang sedia ada.
Beliau juga menjangkakan lebih ramai rakyat di negara ini akan beralih kepada pengangkutan awam dan kenderaan elektrik (EV) sebagai langkah penjimatan susulan konflik di Asia Barat – MalaysiaMADANI
