Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus dan integriti negara selain berperanan menyelamatkan negara daripada penyalahgunaan rasuah.
Perkara berkenaan dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Makan Malam beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM 2025 b)agi meraikan seluruh keluarga badan berkenaan.
Justeru, beliau mahu prinsip berkenaan berterusan bagi merealisasi dan membina sebuah negara yang bersih daripada penyalahgunaan rasuah selain badan itu kekal menjadi badan yang dihormati dan berintegriti.
“Kerajaan Madani bertekad untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti.
“SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan,” katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau pada masa sama menegaskan, perubahan berkenaan mesti daripada pimpinan atas dengan amalan dan bukan sekadar kata-kata sahaja.
“Mesti ditegaskan perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya jaminan kata-kata sahaja,” ujarnya lagi.- MalaysiaMADANI