Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperkenalkan tema “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity” bagi mesyuarat sektor tenaga peringkat ASEAN pada tahun 2025.
Tema berkenaan dipilih kerana mampu memberi penekanan kepada keperluan memperkasakan agenda tenaga dengan merapatkan lagi jurang antara negara-negara ASEAN agar dapat membina kemakmuran dan kemajuan di rantau ASEAN.
PETRA dalam kenyataan memaklumkan, hasil mesyuarat akan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat melalui pertumbuhan ekonomi di samping mengutamakan agenda keterangkuman dan kemampanan.
“Mesyuarat Khas Pegawai Kanan Tenaga ASEAN 2025 diteruskan pada hari kedua yang merupakan sesi kemuncak mesyuarat-mesyuarat tenaga.
“Mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan lapan Keutamaan Tahunan (Annual Priorities-AP) untuk sektor tenaga ASEAN 2025 iaitu merangkumi agenda ASEAN Power Grid (APG),”katanya.
Antara mesyuarat yang dijalankan termasuklah menandatangani dokumen APG Enhanced Memorandum of Understanding (MoU) dan membincangkan term of references (TOR) for subsea power cable development framework serta pengumuman berhubung mekanisme pembiayaan bagi APG; menandatangani ASEAN Petroleum Security Agreement (APSA) Successor Agreement; peluncuran ASEAN Energy Efficiency Database and Investment Platform (Building).
Selain mesyuarat juga turut memuktamadkan Renewable Energy Long-term Roadmap (RELTR); pembangunan kerangka ASEAN Renewable Energy Certificate (REC); peluncuran ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026-2030 dan pembangunan Kerangka Nuclear Power Plant Deployment (NPP),” jelas kenyataan itu.
Mesyuarat juga bersetuju dua output Keberhasilan Utama Ekonomi (Priority Economic Deliverables – PED) berkaitan tenaga bagi tahun 2025 iaitu menandatangani dokumen APG Enhanced MoU dan penerimaan dokumen ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026-2030.
“Kedua-dua dokumen ini penting untuk memastikan kerjasama yang berterusan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi pembangunan industri tenaga ke arah keterjaminan bekalan dan kemampanan tenaga di rantau ASEAN,”katanya.
Pada masa sama, mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan dokumen APG Enhanced MoU dan ASEAN Framework Agreement on Petroleum Security (New APSA) ditandatangani serta dokumen dasar APAEC 2026-2030 diluncurkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (ASEAN Ministers of Energy Meeting – AMEM) ke-43 pada September 2025. – MalaysiaMADANI