Berita

MOF terbit pra belanjawan 2025, orang ramai dialu-alukan beri pandangan

Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan Kenyataan Prabelanjawan (KPB) bagi Belanjawan 2025 yang bakal dibentang di Parlimen Oktober depan.

Penerbitan KPB berkenaan bertujuan untuk menzahirkan keutamaan-keutamaan Kerajaan dalam Belanjawan 2025 kepada pihak berkepentingan.

“Sebanyak tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI, iaitu menaikkan siling ekonomi negara.

“Selain itu keutamaan kedua adalah menaikkan lantai ekonomi rakyat serta memperkukuh tatakelola dan penyampaian perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan.

Justeru orang awam dialu-alukan menghantar komen, maklum balas dan cadangan ke Portal Belanjawan 2025 di https://belanjawan.mof.gov.my.

Proses penggubalan Belanjawan Negara telah bermula 9 Julai lalu dengan Majlis Libat urus Belanjawan 2025 yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaMADANI