Berita

Banci Pertanian 2024 bermula Julai, perlu kerjasama semua

Semua pihak di seluruh negara diseru memberi kerjasama penuh dalam Banci Pertanian 2024 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bancian berkenaan akan bermula 7 Julai depan adalah bertujuan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data yang menyeluruh supaya gambaran yang lebih jelas mengenai sektor berkenaan dapat dicerap.

“Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelangnya Banci Pertanian 2024 yang akan bermula pada 7 Julai tahun ini.

Ayuh jalankan kerjasama anda bagi menjayakan Banci Pertanian 2024 kali ini agar demi kemajuan sektor pertanian negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook Banci Pertanian.

Tambahnya, bancian kali ini memerlukan kerjasama semua pihak bagi isi rumah dan pertubuhan yang menjalankan aktiviti pertanian.

Sebelum ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberitahu kira-kira 3,000 pegawai DOSM yang akan terlibat dalam bancian yang akan dibantu lebih 20,000 pembanci sambilan.

Bancian berkenaan akan dijalankan selama tiga bulan bermula Julai 2024 dan dapatan awal bancian dijangka diumumkan selewat-lewatnya akhir suku pertama 2025.

Justeru orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bancian Pertanian 2024 boleh layari portal melalui http://www.myagricensus.gov.my/ .- MalaysiaMADANI