PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh dan mantan pengerusi kumpulan itu, Khaled Mashal dalam lawatan ke Qatar.
Dalam pertemuan berkenaan, Anwar menzahirkan takziah ke atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam tentera Zionis.
Beliau juga menyatakan Malaysia akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah yang mengorbankan ribuan rkayat tidak bersalah.
“Malaysia akan akan terus menggerakkan ikhtiar membantu mangsa peperangan Gaza khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.
Saya tegaskan Malaysia akan terus komited memainkan peranan bagi di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah sementelah menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas membantu mangsa peperangan Gaza,” katanya.
Dalam pertemuan berkenaan Anwar juga menjelaskan Malaysia sangat hargai kesediaan Hamas membebaskan tahanan khususnya kanak-kanak dan wanita serta menerima pelan damai dunia Arab, OIC, dan masyarakat antarabangsa.
Katanya, Malaysia pada masa sama mendesak Israel menghentikan pembantaian ke atas rakyat Palestin dan berharap supaya tentera Zionis membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian,” tegas beliau. – MalaysiaMADANI