Berita

RM22 juta diperuntuk kerja selenggara Pangkalan Udara Kuantan

KEMENTERIAN Pertahanan menyalurkan peruntukan sebanyak 22,519 952 bagi tahun ini kepada Pangkalan Udara Kuantan bagi tujuan penyelenggaraan markas berkenaan.

Peruntukan berkenaan disampaikan Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin ketika membuat lawatan ke Markas Angkatan Bersama di Pangkalan Udara Kuantan.

Ia merangkumi Markas Wilayah Laut 1 bernilai RM3,065,602; RM7,414,350 kepada Markas 4 Briged (Mekanise) dan RM12,040,000 kepada PU Kuantan.

Dalam lawatan berkenaan beliau turut membuat lawatan tapak pembinaan Poliklinik ATM dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

“Projek ini bakal memberi manfaat dan faedah kepada suluruh warga ATM dan awam Kementerian pertahanan serta keluarga yang bertugas di Kuantan,” katanya.

Beliau turut mengadakan tinjauan ke RKAT Kem Batu 10 untuk melihat dengan lebih dekat keadaan RKAT yang telah diselenggara termasuk kerja-kerja menggabungkan kediaman.

Kerja-kerja berkenaan meliputi kerja-kerja menggabungkan dua uni kediaman menjadi satu unit di mana setiap unit tersebut akan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Dalam lawatan sama, beliau juga menyampaikan Sumbangan Pendidikan MADANI kepada 10 pelajar yang diendalikan Yayasan LTAT – YLTAT.

“Ia dikhususkan kepada anak-anak ATM Tahun 1 bagi sesi persekolahan Tahun 2024 dan penyampaian bantuan kebajikan kepada 50 orang anggota atau waris yang mengidap penyakit kronik,” katanya – MalaysiaMADANI.