Berita

Agenda MADANI eratkan rumpun Malaysia-Indonesia

Menerusi video pendek yang telah disiarkan di Republika TV, kata-kata penghargaan dari Pengerusi PP Muhammadiyah, Haedar Nashi bersempena satu tahun tertubuhnya Kerajaan Malaysia MADANI membuktikan bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang erat. Bukan sahaja dari segi keserumpunan bangsa dan budaya, bahkan misi dan perancangan yang telah di bentangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan konsep Islam bagi memastikan dakwah Islam sentiasa berkembang menerusi kepelbagaian inisiatif yang telah diusahakan.

Sumber: Republika TV